HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam.
Lebih menyentuh perasaan, beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kedua anak beranak itu kemudiannya dilihat berpelukan dengan Firdaus gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.
“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini adalah ibu saya sendiri.
“Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Firdaus merupakan aktivis dan penceramah yang aktif termasuk di media sosial, malah memainkan peranan yang signifikan dalam melontarkan isu kepentingan agama Islam.
Beliau juga beberapa kali berdepan serangan golongan ekstrem yang sengaja mempotretkan imej negatif terhadap Islam.
Mengulas lanjut, Firdaus dalam hantaran itu memohon sahabat dan pengikutnya terus menyokong dan mendoakan keluarganya dan berharap ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertuanya saya juga dikurniakan hidayah.
“Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim,” ujarnya.
Lan
Subhaanallah
Purbo
Semoga ttp dilindungi Allah swt
haris
masya alloh semoga istiqomah
Al Ayyubi
Masya Allah
BUDI
ALHAMDULILAH
dakwahpost
alhamdulillah, semoga istiqomah dan terus belajar islam yg benar dan di amalkan
Atim
Alhamdulillah…
Hidayah itu milik Allah…
Ika Susan N
Alhamdulillah semoga istiqomah
ARTHA
ALHAMDULILLAH
Anis Shiran
Alhamdulillah..semoga istiqomah.
Noraini
Allahu Akbar..
MissSasak
Alhamdulillah. Turut Bahagia
Fahmy Ibrahim
Alhamdullilah, Anugerah yg tidak ternilai oleh Allah swt kpd Ust Firdaus Wong yg telah memberi hidayah kpd ibunya yg melafazkan syahadah memeluk Islam. Ust Firdaus telah bnyk berjasa kpd Islam,
miko
Alhamdulilah….Hidayah milik Alloh semata.