Portal berita terbaik anda

Utama

Ahli akademik sifatkan Malaysia di bawah PH sebagai ‘bencana’

Penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai “bencana sepenuhnya’.

Bercakap dalam forum “Whiter Maruah Malaysia 2.0” hari ini, beliau berkata, kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan hari ini semakin berkembang.

“Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana sepenuhnya bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat.

“Pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi. Senarai kekecewaan dan kegagalan politik terus meningkat,” katanya.

Beliau berpendapat kebimbangan terhadap rasuah peringkat tinggi dan jenayah ekonomi kembali semula.

Dasar, program dan pemikiran berkaitan doktrin ketuanan Melayu dan ketuanan Islam telah disebar sebagai propaganda kepada khalayak, katanya.

Loading...

Leave a Reply