Portal berita terbaik anda

Politik

Agong tidak mahu jumpa saya lagi, kata Mahathir

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengannya lagi.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menyerahkan sokongan 114 Ahli Parlimen.

“YDPA sudah membut keputusan dan di (Muhyiddin) angkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti,” katanya pada sidang media, di Yayasan al-Bukhary, hari ini.

Terdahulu, PH mendakwa mereka sudah memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen dan boleh membentuk kerajaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, menjelaskan bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian adalah Ahli Parlimen ke-114 yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi PH, malam tadi.

Loading...

Leave a Reply