Portal berita terbaik anda

Utama

Agensi pelancongan saman Azmin RM329,000 tuntut hutang perjalanan

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi mungkin didakwa ke mahkamah oleh sebuah syarikat agensi pelancongan atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000.

Ia dilaporkan oleh Sarawak Report yang turut memuatnaik gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu ketika bercuti.

Ia termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report.

Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Timbalan Presiden PKR itu dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.

Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Disember ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut Sarawak Report, syarikat itu menuntut Mohamed Azmin membayar RM328,901 tambahan kepada faedah dan ganti rugi lain yang dinilai.

Sarawak Report juga mempertikaikan bil Mohamed Azmin sebanyak RM300,000 sedangkan beliau telah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan.

Ia mendakwa jumlah itu termasuk RM92,280 bagi penerbangan untuk anaknya yang baru berkahwin, Mohamed Ameer Shazrin dan isterinya, Mazreen Shanim Shaheen ketika mereka melancong ke Marrakech, London dan Geneva.

Loading...

Leave a Reply