Portal berita terbaik anda

Utama

Adun Terengganu merungut, ibu bapa berlebih-lebih minta bantuan sekolah

ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim menasihati ibu bapa di kawasan DUN itu agar ‘berpada-padalah’ dalam memohon bantuan pakaian sekolah daripada kerajaan negeri.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri berkata, bantuan yang diselaraskan oleh Pejabat ADUN dan MPKK itu bukan untuk diagihkan kepada semua murid di DUN berkenaan.

Sebaliknya kata beliau, bantuan itu diagihkan kepada keluarga yang layak dengan tujuan untuk menyelesaikan sebahagian masalah ibu bapa dalam menghadapi sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Tak selesai semua, sekurang-kurangnya ia meringankan beban,” luahnya di facebook hari ini.

Loading...

Leave a Reply