Portal berita terbaik anda

Politik

Adun PKR, Shuhaimi Shafiei meninggal dunia

Pakatan Harapan khususnya PKR menerima berita menyedihkan apabila anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei dikhabarkan meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menerusi Facebooknya.

“Al Fatihah. Saya amat sedih di atas kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan.

“Semoga roh allahyarham Shuhaimi Shafiei ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT,” tulis Azmin.

Menurut kenyataan media Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, Shuhaimi menghembuskan nafas terakhir jam 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.

Katanya, jenazah allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar,” katanya lagi.

Shuhaimi sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik kepada Azmin semasa beliau menjadi menteri besar Selangor.

Loading...

Leave a Reply