Portal berita terbaik anda

Utama

ADUN Permaisuri ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permasuri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu.

Datuk Abd Halim Jusoh, 54, ditahan kira-kira pukul 5 petang ini di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, Abd Halim dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dilaksanakan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply