Portal berita terbaik anda

Politik

ADUN Lendu dijangka angkat sumpah Ketua Menteri Melaka petang ini

MELAKA – Teka-teki mengenai Ketua Menteri bakal berakhir petang ini apabila seorang daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Ayer Keroh pada 3.30 petang ini.

Sebuah portal berita melaporkan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali telah dihubungi pihak Istana Melaka memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah bagi jawatan terpenting itu sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung individu yang akan memegang jawatan berkenaan.

Biarpun belum ada sebarang pengesahan secara rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) namun anak kelahiran Durian Daun, Masjid Tanah itu dilihat pemimpin berkaliber lebih dan pemimpin yang ‘bersih’.

Sulaiman yang kini berusia 55 tahun berpengalaman luas dalam politik itu pernah memegang jawatan Setiausaha UMNO Melaka.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun dan Sekolah Menengah Masjid Tanah sebelum meneruskan pengajian di Training Cadet Maritime Academy Melaka (Ă€LAM) dan meneruskan pengajian Profesional Master In Management QAC ( UK).

Perkahwinannya bersama Datin Munira M Yusop dikurniakan tiga cahayamata iaitu Muhammad Amsyar, Muhammad Ikhlas dan Puteri Balqis

Sebelum, ini Sinar Harian melaporkan, majlis angkat sumpah Jumaat lalu ditangguhkan dipercayai kerana Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob mahu meneliti setiap calon yang dikemukakan bagi memastikan individu itu benar-benar layak.

Sebelum ada beberapa calon yang disebut memegang jawatan berkenan termasuk bekas Ketua Meteri, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Paya Rumput-Bersatu, Datuk Rafiq Naizamohideeen.

Loading...

Leave a Reply