Adun DAP pertahan pekebun haram Musang King

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Chow Yu Hui mempertahankan pekebun yang menanam durian Musang King secara haram di Hutan Simpan Batu Talam, Raub.

Chow mendakwa pekebun sudah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan

Katanya, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu mengalami kerugian apabila buah durian Musang King yang baru luruh tidak dapat dikutip.

Semalam, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memulakan operasi memusnahkan kebun durian seluas 101 hektar yang ditanam di hutan simpan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd, Hizamri Mohd. Yasin berkata, operasi yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan itu bermula semalam sehingga 2 Ogos depan.

Operasi tertumpu kepada tindakan memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang telah menceroboh tanah hutan simpan tersebut.

Chow sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana membuat permohonan mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri Pahang.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat diteruskan kerana mahkamah berpendapat tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan jawi yang diwajibkan mulai 1 Januari 2020 kerana sudah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *