Portal berita terbaik anda

Hiburan

ABPBH32: Stokin lagi panjang dari seluar, fesyen Ara Johari dikecam netizen

GAYA fesyen penyanyi Ara Johari ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya telah mengundang perhatian pengguna media sosial.

Mengenakan sepasang sut berwarna biru cair, penyanyi Bunga itu turut bergambar di sisi penyanyi Marsya Masyitah pada acara karpet merah.

Namun, penampilannya yang mengenakan seluar pendek sehingga menampakkan bahagian lututnya itu secara tidak langsung menjadi bahan gurauan dan ketawa netizen.

Rata-rata menyamakan fesyen rekaan Alfian And The Suits itu kelihatan seperti pakaian uniform pengakap dan tidak ubah macam pekerja di ladang getah pada zaman British.

Tak sangka pakai baju pengakap

Salah ukur panjang kaki kot?

Dah serupa pekerja ladang dulu-dulu

Seluar pendek, stokin panjang

Loading...

Leave a Reply