Portal berita terbaik anda

Utama

Abdul Hadi Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2019

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, hari ini dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1441H yang berlangsung di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Abdul Hadi yang dilahirkan di Kampung Rusila, Marang, menerima wang tunai sebanyak RM10,000 selain tajaan umrah, set persalinan, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut berangkat dalam majlis itu adalah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Upacara itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar.

Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang menyatakan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang tidak dijangka itu.

“Junjung kasih kepada Tuanku Sultan Terengganu dan terima kasih kepada kerajaan negeri serta semua pihak atas penghargaan ini,” katanya dipetik Utusan Online.

Selain menjadi presiden paling lama dalam PAS setakat ini, Abdul Hadi juga pernah dilantik sebagai menteri besar Terengganu. Bagaimanpun PAS hanya bertahan selama sepenggal iaitu di antara Dis 1999 hingga Mac 2004.

Loading...

Leave a Reply