Portal berita terbaik anda

Viral

‘Abah nak cuba jubah konvo boleh? Abah tak pernah pakai…’

Umum sedia maklum, sejak penghujung September lepas, kebanyakan IPTA dan IPTS di negara ini mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan para graduannya yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Pelbagai kisah suka duka dicoretkan sepanjang tempoh pengajian sehingga akhirnya masing-masing berjaya menggengam segulung ijazah.

Kejayaan yang dikecapi bukan sahaja untuk diri sendiri, malah buat ibu dan ayah yang sentiasa berkorban demi melihat anak-anak naik ke pentas konvokesyen.

Bapa teringin pakai jubah konvo anak

Tular di media sosial, video seorang bapa mengenakan jubah konvokesyen miliknya anaknya kerana ingin merasa pengalaman bergelar graduan dan belum pernah mencubanya selama ini.

Video yang dimuat naik Aiman Hamizan, pelajar Kolej Universiti KDU itu benar-benar mengundang sebak para netizen.

Sejak ia dimuat naik pada petang semalam, video tersebut telah ditonton lebih 741 ribu kali dan mendapat 57,866 retweet

Abah pasti bangga dengan kau bro

Berikutan itu, tweet Aiman Hamizan dihujani ribuan ucapan tahniah daripada netizen.

Rata-rata mereka berharap agar Aiman tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapanya sehingga berjaya menggapai kejayaan seperti hari ini.

Malah, ada yang sebak melihat riak wajah bapa Aiman yang gembira dapat memakai jubah konvokesyen buat kali pertama.

Loading...

Leave a Reply