90 lagi pesakit Covid-19 sembuh dan dibenar keluar hospital

SERAMAI 90 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan discaj daripada wad adalah sebanyak 1005 kes iaitu 27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, pertambahan jumlah pesakit yang sembuh membuktikan negara memiliki keupayaan pakar jangkitan dan perubatan untuk merawat wabak itu.

“Ini kejayaan dari segi industri perubatan kita dalam negara dengan miliki kepakaran khususnya pakar jangkitan dan dengan adanya pakar perubatan umum.

“Kita mampu merawat dan ubat digunakan adalah yang kita mulakan kepada pesakit yang ada gejala COVID-19, sama ada positif atau tidak,” katanya.

Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan sangat bertuah apabila mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk melakukan ujian sampel COVID-19.

Katanya, ia membantu kementerian meningkatkan kapasiti menguji sampel yang diambil daripada pesakit.

Loading...

Leave a Reply