Portal berita terbaik anda

Utama

88 kes baharu Covid-19 hari ini, 121 sembuh dan 1 kematian

SATU kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 96 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 88 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,691 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 41 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 18 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 121 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,663 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 64.4 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,932 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...

Leave a Reply