Portal berita terbaik anda

Viral

8 tahun tunggu zuriat, lelaki terduduk menangis dapat tahu isteri hamil

Bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran anak bagi melengkapkan ikatan perkahwinan. Ada pasangan yang bertahun-tahun berkahwin, masih menanti kehadiran zuriat ini.

Bagi pasangan suami isteri ini, mereka terpaksa menunggu sehingga lapan tahun sebelum dikurniakan cahaya mata.

Disebabkan itu, si isteri yang dikenali sebagai Leni Mimosa Pudica membuat keputusan untuk merakam detik-detik apabila diberitahu berita gembira itu kepada suaminya, Alfndy Ibanez.

Menurut Leni, suaminya terlalu menginginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Leni berkata, pada hari kejadian dia menyiapkan sebuah kotak kecil berisi alat ujian kehamilan untuk diberikan kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari membeli barangan dapur.

Ketika membuka kotak berkenaan, suaminya terus terduduk di atas lantai sambil menekup wajah menggunakan tapak tangan sebelum memeluk Leni kerana terharu dengan berita tersebut.

Video tersebut tular di media sosial dan ditonton lebih 1 juta kali.

Sementera itu, Leni meluahkan rasa syukur selain mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sering memberikan sokongan.

Ternyata hasrat dan penantian pasangan ini selama beberapa tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Loading...

Leave a Reply