Portal berita terbaik anda

Utama

7 hari hilang, mayat anggota polis lemas ketika kejar penjenayah ditemui

DUNGUN – Selepas seminggu hilang, mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Penyiram, Durian Mentangau, di sini, ditemui hari ini.

Mayat Konstabel Wan Mohd Ariff Wan Yahaya, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka ditemui terapung pada 12.20 tengah hari tadi.

Dalam kejadian 9 November lalu, mangsa dikatakan tergelincir dari tebing sungai ketika sedang mengejar suspek pecah rumah yang turut lemas.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu mayat suspek yang dikenali sebagai Zam Ayam ditemui tersangkut pada ranting-ranting kayu dalam jarak 300 meter dari lokasi mereka berdua jatuh.

Mayat Wan Mohd Ariff telah dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Loading...

Leave a Reply