Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

7 bulan tak pulang jumpa ibu kerana PKP, lelaki maut kereta terbabas

Hasrat seorang anak untuk bertemu ibu tersayang selepas tujuh bulan tidak berjumpa akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak kesampaian apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan, Isnin lalu.

Lebih memilukan apabila mangsa, Saifulnizam Salleh dikatakan dalam perjalan untuk melawat ibunya yang sedang sakit di Felda Chini 1, Pekan.

Ibu dan keluarga mangsa di kampung tidak dimaklumkan mengenai kepulangan mangsa kerana dia ingin membuat kejutan kepada mereka.

Namun, tiada siapa yang menyangka ajal menjemputnya saat itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12.45 tengah hari itu, kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Mangsa yang menetap di Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Melaka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia lima dan dua tahun.

Isteri mangsa juga sedang sarat mengandung anak ketiga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply