Portal berita terbaik anda

Utama

7 beranak rentung, abang sulung kesal gagal selamatkan adik bongsu

“ACA (adik) tunggu abang, abang masuk selamatkan Aca. Itulah jeritan terakhir Rezwan Romel, 15, kepada adik bongsunya Samasan, 2, yang rentung dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, awal pagi tadi yang turut mengorbankan ibu tirinya, Nadia, 25, dan lima lagi adiknya berusia antara 7 hingga 14 tahun.

Mencerita kejadian itu, Rezwan yang cedera di badan dan kedua-dua kakinya berkata, berkata, ketika itu dia bersama sepupunya, Rizal tidur di ruang tamu di tingkat atas sebelum terjaga selepas terhidu bau asap.

“Bapa dan ibu tidur bersama dua adik saya di dalam bilik dan tiga lagi adik termasuk Aca tidur bersama di sebuah lagi bilik di tingkat atas.

“Sebaik terjaga, saya dan Rizal bergegas mengejut mereka semua sebelum rumah dipenuhi asap dan api mula marak.

“Kami masing-masing cuba menyelamatkan diri, ketika itu terlihat Aca duduk seorang diri di dalam bilik yang mana bahagian pintunya mula terbakar,” katanya.

Rezwan berkata, dia menjerit ke arah adiknya memintanya menunggu untuk diselamatkan tetapi ketika itu adiknya hanya duduk mendiamkan diri.

“Ketika mencari kain di luar rumah untuk menutup badan, tiba-tiba lantai rumah roboh menyebabkan saya terjatuh bersama bapa dan Rizal,” katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, dia amat kesal kerana gagal menyelamatkan adiknya itu lebih-lebih lagi melihat keadaan adiknya yang ketika itu hanya diam di dalam bilik yang terbakar.

“Sukar untuk saya katakan apa-apa bila mengingat wajah Aca yang terduduk diam di dalam bilik. Jika boleh diulang, biarlah saya yang menggantikan tempatnya.

“Sedih bila teringat kejadian itu kerana saya gagal menyelamatkan Aca yang berseorangan dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Saya kesal tidak sempat menyelamatkan Aca,” katanya.

Tambahnya, dia sangat rapat dengan adik bongsunya yang itu. Malah sebelum malam kejadian, dia sempat meluangkan masa bermain bersama sebelum menghubungi ibu kandung mereka di Kinarut.

Dalam kejadian awal pagi tadi, tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Bandau, Membakut, awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Nadia, 25, dan enam anak tirinya Nana Romel, 14; Aisa Romel, 13; Shasha Romel, 10; Danial Romel, 7; Faisal Romel, 5; dan Samasan Romel, dua tahun.

Sumber: Berita Harian

Loading...

Leave a Reply