Portal berita terbaik anda

Utama

60 peratus rakyat Malaysia ‘tak pandai’ buang sampah – Menteri

AMPANG: Kira-kira 60% daripada 32 juta rakyat Malaysia “belum pandai” membuang sampah ke dalam tong sampah, sindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

“Tabiat itu tidak jadi darah daging lagi, tidak tahu urus sampah mereka.

“Di negara maju, sampah peribadi itu kalau tiada tong sampah, mereka akan simpan dalam poket, ‘handbag’ atau pegang sampai jumpa tong sampah,” katanya pada Majlis Pelancaran “3R On Wheels” dan Kad Mesra hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu turut mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melayan tuntutan menyediakan tong sampah tambahan.

“Setakat yang disediakan PBT di kawasan perumahan, tempat awam dah mencukupi.

“Jangan layan bila rakyat kata tak ada tong sampah nak buang sampah. Dia kena belajar sendiri cari tong sampah, bukan tong sampah cari dia.”

Zuraida turut menggesa orang ramai berani menegur individu yang membuang sampah merata-rata.

“Ini budaya baru kita mahu bawa. Kalau tak ada budaya berani tegur-menegur, negara ini tidak dibersihkan daripada sampah yang berselerak.

“Maka, kita tidak akan mencapai hajat untuk menjadikan Malaysia negara yang bersih.”

Loading...

Leave a Reply