6 geng akak ‘sanggul’ disambung reman tiga hari lagi

KOTA BHARU – Enam individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang buruh secara beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini Selasa lalu disambung reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuah Lah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perintah itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sebelum ini, tujuh suspek yang terlibat direman tiga hari bermula Khamis lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, empat suspek termasuk tiga wanita itu didapati positif benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala seorang lagi positif amphetamine.

Kejadian dipercayai berpunca daripada ejekan perkataan gila dilakukan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza terhadap mangsa yang merupakan seorang buruh dan sedang berjalan kaki ketika itu.

Ejekan itu menyebabkan berlaku pergaduhan dengan mangsa dipukul oleh pemandu MPV, seorang penumpang wanita dan beberapa orang awam yang berada di lokasi tersebut. – K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *