Portal berita terbaik anda

Utama

4 hari hilang, mayat Uqail Iskandar akhirnya ditemui pagi ini

JERANTUT – Mayat penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP), Uqail Iskandar Zulkarnain, 23, yang hilang dibawa arus di Kampung Gintong di sini kelmarin ditemukan pagi ini.

Komander Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Rosdi Mustafa berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 9 pagi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna tersangkut pada pokok kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut, Zulkarnain Hitam, 58, menjadi korban pertama banjir di negeri ini selepas lemas apabila dihanyutkan air ketika meredah banjir di Kampung Gintong di sini.Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa bersama tiga orang anaknya berjalan meredah banjir ke sebuah rumah di Kampung Sokti di sini.

Bagaimanapun apabila tiba di tempat kejadian mangsa dan anaknya dihanyutkan arus deras

Mangsa kemudian ditemukan oleh dua anaknya manakala seorang lagi anaknya hilang dibawa arus.

Menurut Rosdi, operasi pencarian mangsa sejak kelmarin ditamatkan pada pukul 10.45 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply