Portal berita terbaik anda

Viral

3 tahun turun naik mahkamah, lelaki ini menang kes saman bekas tunang sebab tak jadi kahwin

Tak lama dulu, tular kisah tentang seorang lelaki, Ezrin yang menyaman bekas tunangnya selepas dia kerugian hampir RM30,000 apabila wanita itu memutuskan hubungan mereka 21 hari sebelum majlis perkahwinan.

Ezrin putus tunang pada 31 Disember 2016, dan pada Julai 2017, lelaki ini mengambil keputusan untuk menyaman bekas tunangnya bagi membayar ganti rugi persiapan kahwin mereka.

Mana taknya, nak kahwin kurang sebulan, persiapan dari dewan kahwin sampailah ke goodies semua dah sediakan, tapi akhirnya membazir. Tak kira malu lagi…

Lepas tiga tahun turun naik mahkamah, akhirnya semalam hakim Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu memutuskan bekas tunang Ezrin perlu membayar ganti rugi kerana wanita ini gagal mengemukakan alasan dia enggan berkahwin.

Dalam perbualan di Twitter, Ezrin turut menjelaskan yang bekas tunangannya itu hanya perlu membayar kos ganti rugi saja tanpa perlu membayar kos guaman.

Berikutan itu, netizen yang turut mengikuti kes itu turut bersorak mendengar kemenangan yang dinanti-nanti sejak tiga tahun lalu ini.

Harapnya kes ni dapat jugak jadi pengajaran pasangan dekat luar sana. Semua benda pun ada penyelesaiannya, jadi jangan buat keputusan drastik sampai orang lain merana ya.

Loading...

Leave a Reply