Portal berita terbaik anda

Utama

236 pesakit Covid-19 sembuh dan discaj, jumlah terbesar setakat ini

PUTRAJAYA – Situasi COVID-19 di negara ini menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad, melepasi 1,200 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 236 kes pulih dan dibenarkan discaj yang juga paling tinggi setakat ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 1,241 kes iaitu 33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Loading...

Leave a Reply