Portal berita terbaik anda

Utama

202 pesakit Covid-19 sembuh hari ini, lebih tinggi dari kes baharu

SERAMAI 202 pesakit Covid-19 telah disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini, berbanding 170 kes positif baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 2,478 kes atau 49.7% peratus daripada keseluruhan kes.

Ini juga merupakan hari kedua berturut-turut kes pulih melebihi kes baharu.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Loading...

Leave a Reply