Portal berita terbaik anda

Utama

20,000 rakyat Malaysia mati akibat rokok setiap tahun

KIRA-KIRA 20,000 rakyat negara ini dianggarkan mati akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun.

Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, situasi ini amat membimbangkan berikutan bilangan perokok dijangka semakin meningkat, sekali gus menyaksikan tembakau terus menjadi penyebab utama terbesar dunia yang menyumbang kepada kematian tahunan.

“Jika mereka semua merokok sekotak 20 batang setiap hari, rakyat Malaysia telah merokok 4.6 juta batang rokok sehari dan bayangkan kesannya ke atas ekonomi keluarga dan negara,” katanya.

Mohideen berkata purata perbelanjaan rokok bagi setiap perokok dianggarkan RM178.8 sebulan dan jumlah itu memberikan impak besar dalam perbelanjaan sesebuah isi rumah.

Katanya, penggunaan rokok elektronik atau vape juga patut dihentikan dan kerajaan perlu berpendirian lebih tegas dengan mengambil langkah mengharamkan vape.

“Walaupun ada hujah mengatakan bahawa rokok elektronik membantu perokok berhenti merokok, ia juga menggalakkan mereka untuk merokok menggunakan peranti ini dengan kepercayaan bahawa ia kurang berbahaya,” katanya. – Bernama

Loading...

Leave a Reply