2 kali ditidurkan akibat Covid-19, Puan Fazliana akhirnya pergi jua

Selepas 20 hari bertarung nyawa, pesakit Covid-19, Norfazlyana Nezal akhirnya meninggal dunia, semalam, tanpa sempat menatap wajah anak ketiganya yang selamat dilahirkan pada 10 Ogos lalu.

Norfazlyana menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seremban.

Difahamkan, kandungan oksigen Norfazlyana mula merosot semalam, selepas ditidurkan buat kali kedua sebelum pergi buat selama-lamanya.

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga terutamanya suami Syafiq Yaacob yang begitu mengharapkan Allahyarham sembuh dari penyakit tersebut.

Rata-rata kenalan memberikan ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham selain mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply