13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan pesalah PKP

MENTERI Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, 13 pusat akademi penjara menjadi pusat tahanan kepada pesalah-pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saranan dan keputusan membuka 13 pusat akademi penjara sebagai pusat tahanan PKP adalah bagi mengatasi masalah kebanjiran banduan di penjara-penjara sedia ada.

Keputusan itu terpaksa diambil kerana sikap masyarakat negara ini yang masih memandang mudah terhadap PKP yang masuk fasa ketiga, hari ini.

Masih ramai yang berdegil dan melanggar PKP dengan semalam, seramai 9,702 individu ditangkap kerana melanggar PKP.

Dalam sidang akhbar hariannya, Ismail Sabri berkata, Kerajaan dan PDRM tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang masih berdegil.

“Tindakan tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang tidak patuhi arahan pihak berkuasa. Jadi, kita perlu kerjasama semua pihak,” katanya.

Memberi pencerahan tentang timbul isu terlalu ramai ditangkap, tiada pemberian kompaun sebaliknya dibawa ke mahkamah, berikut jawapan Ismail Sabri:

“Mereka yang dibawa ke mahkamah, dihukum penjara dan timbul pula isu penjara terlalu sesak. Jarak sosial tidak dapat dilaksanakan.

“Mesyuarat membuat keputusan, Kementerian Dalam Negeri mewartakan, 13 akedemik penjara sebagai pusat tahanan yang baharu untuk pesalah yang engkar PKP dan berkaitan dengannya.

“13 pusat akademik penjara ditukar kepada pusat tahanan dan selesai isu penjarakan sosial.

“Walaupun pusat akademi penjara sebagai pusat tahanan, kerajaan dan undang undangnya tetap sama sahaja dengan penjara biasa. Tak ada makanan mewah. Tetapi ikut SOP penjara biasa.”

Beliau berkata, pihak perundangan akan dibincangkan bersama oleh PDRM, Peguam Negara dan jabatan berkaitan. – SM

Loading...

Leave a Reply