Portal berita terbaik anda

Utama

121 pesakit Covid-19 sembuh hari ini, jumlah keseluruhan kini 1,608 kes

SERAMAI 121 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini setakat jam 5 petang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan discaj daripada wad adalah sebanyak 1608 kes atau 38.03 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Loading...

Leave a Reply