Portal berita terbaik anda

Utama

118 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan discaj hari ini

SERAMAI 118 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini bagi tempoh sehingga 5 petang.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan discaj daripada wad adalah sebanyak 2,108 kes atau 45% daripada keseluruhan kes.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Loading...

Leave a Reply