10 tahun penjara hina Islam keterlaluan – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempertikaikan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Alister Cogia, pemilik akaun Facebook Ayea Yea yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Memetik kenyataan beliau menerusi blognya, Kit Siang menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tersebut adalah berat dan keterlaluan.

“Semua rakyat Malaysia mesti menegakkan Perlembagaan dan menghormati semua agama di Malaysia. Walau bagaimanapun, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah termasuk penjara 10 tahun dan 10 bulan kepada pemilik akaun tersebut keterlaluan.

“Seperti yang disarankan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin, pemilik akaun tersebut perlu merayu keputusan Mahkamah Sesyen Kuching,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas hukuman yang dikenakan terhadap Alister yang dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan termasuk menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

5 comments

  1. berani hina tanggunglah sendiri akibatnya, klu hukuman tidak berat, akan ada lahanat2 yg mahu menghina lagi. Well done polis dan mahkamah yg ambil serius kes ini. Org DAP apa peduli dgn agama islam dan nabi kita…

  2. X berbaloi penjara 10 thn tu Lim kit siang oiii…
    Sepatutnya seumur hidup..baru berbaloi…ada fahammmm…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *