Portal berita terbaik anda

Utama

10 tahun menyimpan, wang RM40,000 dalam Maybank lesap akaun kena hack

Memang tidak dinafikan, kes melibatkan akaun bank digodam pernah berlaku sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan kecuaian pemilik akaun tetapi ada yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Hari ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan kisah bagaimana adiknya kehilangan wang sebanyak RM40,000 dalam akaun Maybank miliknya.

Yang mencurigakan, tak ada sebarang notifikasi transaksi dimaklumkan.

“Dah report polis dgn freeze account tu. Bank deny about the hacking, they continously deny and push the responsibilty kat adik aku.”

Wang simpanan sejak 10 tahun lalu lesap dalam sekelip mata. Pada awalnya, beliau yang curiga tentang aktiviti godam ini telah ke Maybank sendiri untuk mendapatkan maklumat tentang akaunnya itu.

Sebaliknya pula berlaku apabila Maybank memaklumkan ianya bukanlah aktiviti godam tetapi berpunca dari adiknya sendiri. Tetapi yang mencurigakan, dia sendiri tidak tahu bagaimana transaksi boleh berlaku tanpa pengetahuannya.

“Adik aku takde dapat any calls, text, tac or push notification pun about this. Dah check phone tu beberapa kali dah and memang tak ada langsung. Lagi sedih bila kena soal sampai mereka assume tac text tu adik aku delete”

Ternyata bila disiasat, dua transaksi bernilai RM20,000 setiapnya dilakukan kepada platform DuitNow. Melalui perkongsian ini, ramai yang mempersoalkan respon dari pihak Maybank tentang isu itu dan bagaimana dia tidak menerima sebarang mesej TAC langsung.

Sehingga kini, mereka masih lagi mencari usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Kepada mereka yang selalu melakukan transaksi atas talian, diharap agar lebih berhati-hati.

Sumber: Twitter

Loading...

Leave a Reply