Portal berita terbaik anda

Utama

Zul Yahya cadang pesakit Covid-19 dikuarantin di masjid

Melihatkan kes harian Covid-19 terus meningkat, bekas pelakon Zul Yahya mencadangkan pesakit Islam yang bergejala ringan dikuarantin di masjid.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Zul berkata cara itu adalah lebih baik kerana mereka dapat menghidupkan amalan dan masjid juga tidak akan sepi.

“Kenapa tidak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid, menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat.

“Mungkin boleh menambah kebaikannya kepada mereka dan kita semua. Fungsi masjid itu sangat luas buat kita semua.

“Kita nak dapatkan bantuan Allah swt tapi rumah-rumah Allah tidak diimarahakan. Ada cara Allah swt bagi tapi kenapa tak diusahakan? Ujian ini adalah hikmah buat kita bukannya musibah,” katanya.

Dalam pada itu, Zul turut menawarkan khidmat bersama rakan-rakannya untuk menguruskannya. Ujarnya, perkara itu sudah disuarakan sejak tahun lalu lagi namun tiada pihak mengambil perhatian.

“Tahun lalu saya dah suarakan perkara ini tapi tak ada yang berfikir bagaimana ianya boleh dilaksanakan.

“Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi seluruh alam dan yang mulia para sahabat mohon panjangkan perkara ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply