Terlalu seksi, Zizi Kirana disamakan dengan bintang porno

0
597

GARA-GARA mengenakan pakaian yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Zizi Kirana disamakan dengan bintang porno popular antarabangsa.

Bagaimanapun Zizi, 32, berkata dia tidak mengenali siapa pelakon lucah yang dimaksudkan itu dan hanya ketawa apabila mengetahui mengenai wanita tersebut.

“Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia, jadi saya pun buat carian nama di Google dan jumpalah tentang wanita bernama Mia Khalifa itu.

“Saya hanya mampu gelak sahaja. Tak sangka begitu tinggi imaginasi mereka ini sedangkan saya bukanlah seperti wanita itu.

“Orang nak kata apa pun katalah, saya lebih tahu diri saya dan kalau ada yang gelar saya ikon seks sekalipun, terpulang!” katanya kepada mStar Online.

Pakaian Zizi kerap menjadi topik perbualan pengikut di laman Instagram.

Sementara itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen di laman sosial dan memilih mengabaikan komen negatif itu.

“Saya biarkan sahaja komen-komen mereka itu dan tak mahu block atau padam, sebab kalau kita sekat seorang, nanti akan ada komen yang lain lagi.

“Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan, jadi abaikan saja kata-kata negatif itu,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here