Zizan Razak mahu dijodohkan dengan wanita solehah

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui bersyukur apabila dirinya dikelilingi oleh insan yang menyayangi dirinya selama ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan berkongsi ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada hari ini.

“Selamat hari jadi buat mu Mohd Razizan Bin Abdul Razak. Semoga dirahmati ALLAH sentiasa dan selalu.

“Semoga dimurahkan rezeki menjadi orang yang beriman dan disayangi mereka yang mengenali.

“Sure mesti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah.

“Terima kasih juga buat Ibu dan Abah yang selalu bekalkan doa dan semangat buat saya. Juga peminat saya yang sentiasa menyokong saya I love u guys,” tulisnya.

Rata-rata turun mengucapkan ucapan ulang tahun kelahiran Zizan dan mendoakan agar dia cepat bertemu jodoh selepas ini.

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *