Portal berita terbaik anda

Sukan

Zii Jia benam juara Olimpik untuk mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semakin ‘berbisa’ apabila mara ke separuh akhir Seluruh England, sebentar tadi.

Zii Jia, 21, melakar kejutan apabila menumbangkan bekas juara dunia yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China 21-12, 21-18 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Birmingham.

Ini adalah kemenangan kedua dilakar pemain ranking ke-13 dunia itu ke atas Chen Long dalam empat pertemuan.

Pencapaian mara ke kelompok empat terbaik ini juga disifatkan kejayaan besar buat Zii Jia dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000 apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya di Seluruh England.

Dia akan bertemu pemenang perlawanan antara pemain China, Shi Yuqi menentang Viktor Axelsen dari Denmark untuk aksi separuh akhir esok.

Loading...

Leave a Reply