Zarina Anjoulie, Fathia Latiff putus kawan?

0
159

Entah di mana silapnya, telatah masing-masing di Instagram seakan janggal malah Zarina Anjoulie juga dilihat cuba mengelak menjawab persoalan yang ditanyakan oleh peminat kepada pelakon wanita tersebut berkaitan dengan Fathia Latiff.

Melalui beberapa soalan di Insta Live yang tidak terjawab diikuti dengan status di Insta Story dan juga menjawab beberapa pertanyaan berkaitan dengan Fathia, mungkin juga ada perkara yang terjadi di antara dua sahabat baik ini. Mungkin.

Sama ada putus atau tidak persahabatan mereka, nampaknya perkara ini dalam masa yang sama turut memberi perhatian yang terarah kepada Fathia kerana beberapa hari saja lagi, dia akan keluar dengan single terbarunya sendiri.

Kehadiran Zarina dan juga Fathia di laman sosial merupakan salah satu fenomena di mana terdapat beberapa identiti dan perangai sebenar suami orang, ahli politik dan selebriti serba sedikit terbongkar.

Paling terbaru, Fathia secara terang-terangan bergaduh mulut dengan pengarah Michael Ang di Instagram.

Dalam masa yang sama, Fathia turut menyanyikan lagu Real Friends oleh Camila Cabello di Insta Story dan menujukan lagu tersebut untuk future real friends.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here