Portal berita terbaik anda

Utama

Zaman ketuanan Melayu telah berakhir, kata Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.

“Ini bukan lagi zaman ketuanan Melayu tetapi kita sudah masuk fasa baharu di mana kita bincangkan tentang kesaksamaan semua, bukan kesamarataan, tetapi kesaksamaan.

“Kita di zaman perkongsian kekayaan. Ini salah satu agenda yang akan parti saya ketengahkan dan perjuangkan,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia 2018 di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply