Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Zakir Naik sepatutnya berterima kasih pada PH, kata Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penceramah bebas, Dr. Zakir Naik seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terus memberikan perlindungan terhadap beliau.

Menurut Anwar, perlindungan yang diberikan dengan status penduduk tetap membolehkan beliau selamat di negara ini dan digesa agar tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan.

“Kerajaan dulu bagi dia status penduduk tetap. Kemudian Tun Dr Mahathir terus memberi status penduduk tetap, Dr Zakri Naik patut terima kasihlah, bagi kata sepatah, Tun Mahathir, saya terima kasih, beri pelindungan jamin keselamtan saya dan kalau keluar saya minta maaf.

“Ini tidak (akan) jadi masalah pada kita. Kita (PH) dah tolong dia, dia bagi masalah pada kita,” katanya dalam program Bual Bicara Anwar Ibrahim sempena Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Beliau menjawab soalan hadirin yang mahu tahu mengenai pendirian beliau terhadap penceramah kontroversi itu.

Justeru itu, Anwar berkata PKR akan membincangkan isu Dr Zakir Naik pada mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan esok.

Zakir hari ini dilarang menyampaikan ceramah umum di semua negeri di Malaysia.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad, larangan tersebut dibuat atas sebab keselamatan negara dan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Zakir sebelum ini telah diharamkan berceramah di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak susulan daripada kenyataan berbaur perkauman yang dibuat olehnya ketika berceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén