Portal berita terbaik anda

Hiburan

Zahirah dan Aiman dedah wajah anak, beri nama Isaac Raees

Detik dinanti ramai, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim akhirnya berkongsi wajah putera sulung mereka yang kini berusia dua bulan.

Wajah bayi comelnya itu dikongsi Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 26, dalam Instagramnya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Curi-Curi Cinta itu turut mendedahkan nama bayi lelakinya iaitu Isaac Raees.

“Bayi kami sudah berusia dua bulan hari ini! Kami sayangkan awak Isaac.

“Semoga awak membesar dengan sihat dan kuat. Sangat berbangga awak dilahirkan sebagai anak kami,” tulisnya dalam entri tersebut.

Meskipun baru berusia dua bulan, Isaac juga sudah memiliki akaun Instagramnya sendiri iaitu @isaacraees.

Sehingga ahri ini, akaun Isaac telah diikuti lebih 6,700 pengguna Instagram.

Untuk rekod, Isaac dilahirkan pada 5 Januari lalu di Australia.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply