Yoona kejutkan peminat pakai gaun nampak punggung

0
1461

Baru-baru ini, ahli kumpulan Girls’ Generation, Yoona, menjadi perhatian ramai ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan.

Seperti biasa, Yoona sentiasa tampil cantik di acara karpet merah, tapi kali ini Yoona tampil cukup berbeza dan seksi.

Busana yang digayakan olehnya kelihatan cukup mewah. Gaun renda warna kulit itu menyerlahkan lagi kecantikan Yoona. Namun, bahagian belakang gaun tersebut lain pula ceritanya.

Bahagian belakang gaun tersebut jelas menampakkan bentuk badannya termasuk garisan punggung!

Rata-rata peminat terkejut dengan gaun seksi yang dipakai oleh Yoona. Paling penting, ramai yang tidak boleh mengalihkan perhatian dari memangdang bahagian punggungnya.

Pengawal keselamatan yang mengiringinya juga tidak melepaskan peluang untuk melihat aset pelakon dan penyanyi popular itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here