YB Fuziah dikecam selepas kerajaan PH benarkan semula perlombongan bauksit

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang begitu lantang mengkritik BN berhubung isu bauksit sebelum ini dikecam netizen selepas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium yang akan berakhir 31 Mac depan.

Dr Xavier berkata, kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang mendapat permintaan yang tinggi dan menguntungkan pihak kerajaan.

Nampaknya, usaha YB Fuziah selama beberapa tahun ini sehingga sanggup turun berdemo bersama rakyat sia-sia sahaja.

Malah, kenyataan terbaru beliau berhubung isu tersebut sangat mengecewakan seolah-olah ayat-ayat mahu membela generasi akan datang tidak pernah keluar dari mulut beliau sebelum ini.

Sementara itu, netizen nyata kecewa dengan ‘u-turn’ terbaharu kerajaan PH ini.

“Bauksit dekat Pahang ni memang ajaib. Sebelum PRU hari tu bauksit ni semua bahaya nak mampus. Lepas PRU terus semua bauksit berubah jadi bahan yang paling selamat dan mesra alam. Apakah bauksit ini juga sudah dimaqasid-syariahkan?,” kata Mohd Uzair.

Sheikh Amizal berkata, “YB, bila kita nak buat demo balik guling guling lawan kerajaan yang memberi kebenaran menyambung balik operasi bauxite? Eh…lupa…YB dah jadi kerajaan…”

Manakala Suhael Adnan pula berkata “Maaf YB, kalau dulu YB keras menolak perlombongan bauksit ni, jangan YB berlembut sekarang hanya kerana berada dalam kem yang sama. YB kena kekal lantang, ini untuk rakyat kawasan YB yang ada di belakang YB selama ini. Jangan kecewakan mereka, jangan khianati mereka YB.”

Diharap YB Fuziah tidak memperjudikan nasib dan keselamatan nyawa rakyat di negeri Pahang demi keuntungan wang ringgit semata-mata.

Loading...

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *