Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Yatim piatu sejak kecil, graduan ini rai kejayaan di pusara mak ayah

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, kebanyakan IPTA dan IPTS mengadakan majlis konvokesyen pada bulan Oktober dan November bagi meraikan kejadian para graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan masing-masing.

Pelbagai kisah suka duka dikongsi oleh para graduan sepanjang beberapa tahun bergelar mahasiswa.

Antara kisah yang menarik perhatian netizen berlaku pada seorang gadis yatim piatu, Adilla Kamaruzzaman yang meraikan detik-detik bersejarah itu di pusara ibu dan bapanya.

Terima kasih mama dan ayah!

 

View this post on Instagram

 

“wahai Tuhan ku! kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mengasuhku di waktu kecil. ” . Hadiah kecil dari anakanda. Terima kasih kerana melahirkan ❤

A post shared by EL (@adillakamaruzzaman01) on

Menurut graduan Diploma Seni Lukis & Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka itu, ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil.

Ibu Adilla maut dalam satu kemalangan ketika dia berumur empat tahun manakala ketika usianya 10 tahun, bapanya pula pergi menghadap Ilahi akibat lumpuh setelah terjatuh di dalam bilik air.

Sememangnya sukar menerima hakikat bergelar anak yatim pada usia kanak-kanak, tetapi gadis yang kini berusia 23 tahun itu berjaya menamatkan pengajian walaupun tanpa kasih sayang ibu dan bapa.

Akan ziarah kubur pada setiap tarikh istimewa

Semoga Adilla terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian serta mengecapi nikmat kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén