Dakwa vaksin punca anak gadis cepat mengawan, wanita ini dikecam netizen

0
2474

Setiap kanak-kanak disarankan suapaya mengambil suntikan vaksin bagi melindungi diri mereka dan orang sekeliling daripada pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.

Walaupun, pihak KKM sentiasa menjalankan kempen kesedaran tentang pentingnya vaksinasi, masih ada ibu bapa yang menolak dengan tanggapan ia memberi kesan tidak baik kepada perkembangan kanak-kanak.

Malah, golongan yang dikenali sebagai anti-vaksin ini sanggup menyampaikan dakyah dan teori tanpa memikirkan kesan buruk kepada kanak-kanak menerusi laman sesawang dan jaringan media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Hazwani Raffar telah berkongsi status seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Zainal yang mendakwa bahawa vaksin HPV akan menyebabkan kanak-kanak perempuan cepat teransang dan terarah kepada seks.

Jangan ambik vaksin HPV, nanti cepat mengawan

Budak sejak sekolah rendah dah buat seks?

Budak gatal nak kahwin awal sebab vaksin

Cepat2 detox anak kalau dah terambil vaksin

Dakyah apa kau bawak ni kak?

Sebar maklumat salah

Perkongsian Yana Zainal yang tular dikhuatiri akan memberi fahaman yang salah kepada orang ramai. Ini kerana, segelintir pengikut Yana ada yang mempercayai dakwaannya itu.

Macam mana nak detox balik vaksin sis?

Ada juga netizen yang bertanya cara untuk menghapuskan vaksin HPV, sekiranya anak perempuannya sudah terlanjur mengambilnya.

Sebenarnya, sekiranya kita bukanlah pakar dalam sesuatu bidang, janganlah kita mempengaruhi orang lain dengan fahaman analisa kita sendiri kerana ia akan mendatangkan banyak kemudaratan.

Sumber: Facebook Hazwani Raffar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here