X-Ray boleh kesan hilang ingatan? Drama Mona Lisa jadi bahan ketawa netizen

0
523

Viral sepotong video daripada potongan babak sebuah drama bersiri mengenai pemeriksaan x-ray bagi untuk mengesahkan punca hilang ingatan.

Menerusi klip yang viral di media sosial, netizen mula mempertikaikan kesahihan dan hubungkait pemeriksaan x-ray dan penyakit dementia (hilang ingatan).

Malah, ada juga yang mengecam penulisan skrip drama berkenaan yang disifatkan kurang rujukan.

“Penat belajar 3 tahun tambah pengalaman kerja 2 tahun, baru hari ni aku tahu yang x-ray boleh check orang hilang ingatan,” tulis pengguna akaun Twitter, @nuraqidahajeera.

Dalam babak tersebut, seorang lelaki berpakaian lengkap bertugas sebagai pegawai perubatan menunjukkan hasil imbasan x-ray kepada dua watak lain lakonan Zara Zya dan Hafreez Adam sambil memberikan penerangan tentang penyakit yang dihidapi.

Bagaimanapun, persoalan tentang hubungkait x-ray dan dementia dijawab oleh seorang pakar perubatan popular, Dr. Beni Rusani.

“Jangan gelak tak baik… Kurang pala puasa. Ok serius.

“X-ray tak boleh mengesahkan someone has memory loss. Nak tengok retak tengkorak boleh ler.

“Kalau nak screen dementia pun kena pakai ‘mini mental state examination’,” tulisnya menjawab persoalan netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here