‘Waytha dah berubah, macam saya juga’ – Tun M

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Menteri Perpaduan P Waythamoorthy daripada desakan supaya beliau meletak jawatan susulan kenyataannya sebagai pengerusi Hindraf lebih sedekad lalu.

“Kita semua ada masa lalu. Macam saya, saya dari Umno.

“Tidak boleh lah hanya kerana saya dari Umno, sekarang saya tidak boleh bersama Pakatan Harapan,” kata Mahathir.

Perdana menteri berkata kenyataan kontroversi Waythamoorthy mengenai dakwaan diskriminasi terhadap kaum India di Malaysia timbul akibat kekecewaan dan suatu cubaan untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap isu-isu mereka.

“Tapi, itu dulu. Sekarang, beliau ada di dalam kerajaan.

“Dan beliau sudah berubah daripada apa yang beliau katakan pada waktu itu,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 di Serdang.

Waythamoorthy sendiri telah menjelaskan klip video yang digunakan untuk menuduhnya mencemarkan nama baik Malaysia merupakan rakaman dari 10 tahun yang lalu, suatu keadaan yang sangat berbeza daripada pentadbiran sekarang.

Tidak lama selepas perhimpunan Hindraf pada November 2007, Waythamoorthy, dalam wawancara dengan saluran televisyen Belanda, mengkritik dakwaan diskriminasi terhadap etnik minoriti, terutamanya kaum India di Malaysia.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *