Portal berita terbaik anda

Hiburan

Wawa Zainal buktikan kahwin muda pun boleh bahagia dan berjaya

Ekoran isu ‘jangan dakwah dan galakkan orang muda kahwin awal’ yang dibangkitkan oleh netizen tempoh hari, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan kenyataan tersebut.

Antaranya, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal.

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, dia berjaya membuktikan berkahwin pada usia muda bukan penghalang untuk dirinya hidup bahagia atau penyebab dibelenggu kesusahan.

Bagi Wawa, setiap perkara yang pernah diperkatakan oleh orang lain itu menjadikan dia seorang individu yang kuat serta gigih berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan.

“Pernah tak orang pandang rendah pada kalian? Saya juga pernah. Tapi kata-kata mereka itu, kita jadikan semangat untuk berusaha lebih lagi. Jangan pernah murung.

“Dan ketika kita dah capai apa yang diimpikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Masih segar dalam ingatan Wawa, apabila ada segelintir individu yang mengatakan hidupnya akan susah dan perkahwinan tidak akan kekal lama setelah mengambil keputusan berkahwin pada usia muda.

“Tapi kata-kata mereka saya jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan hari ini. Alhamdulillah saya berjaya buktikan yang saya juga boleh berjaya.

“Selepas ini, impian saya nak bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah okay,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata peminat dan pengikut bersetuju dengan perkongsiannya itu dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Wawa berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel ketika dia berusia 21 tahun, manakala suaminya, berumur 24 tahun. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan tiga cahaya mata.

Loading...

Leave a Reply