Portal berita terbaik anda

Utama

Warga emas meninggal dunia atas pokok sena

KOTA BHARU – Seorang warga emas pengsan di atas pokok sena setinggi enam meter sebelum dia meninggal dunia di Tanjong Mas di sini, hari ini.

Mangsa, Zakaria Adam, 62, disahkan meninggal dunia ketika sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Pengkalan Chepa sedang melakukan operasi menyelamat lelaki itu.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memanjat pokok sena berhampiran rumahnya untuk memotong dahan pokok itu.

Ketua Balai Polis dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Fakri Mazlan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira- kira pukul 9.48 pagi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, seorang warga emas didapati sudah pengsan di atas pokok itu. Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menurun mangsa dengan ketinggian pokok enam meter.

“Bagaimanapun, apabila mangsa telah dibawa turun, pegawai perubatan yang hadir mengesahkan warga emas itu sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply