Portal berita terbaik anda

Utama

Warga emas 80 tahun didenda RM1,000 ketika keluar ambil bantuan makanan

TAMPIN – Seorang warga emas dipercayai didenda RM1,000 kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Ayer Kuning, di sini pada 11 April lalu, lapor SinChew.

Warga emas yang dikenali sebagai Li, 80, dikatakan keluar dari rumahnya untuk mendapatkan makanan percuma yang disediakan persatuan agama di sebuah restoran pada jam 10.30 pagi sebelum ditahan anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Li didakwa kerana keluar dari rumah tanpa memberikan alasan yang munasabah dan dia didenda sebanyak RM1,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning, Li Junmin berkata, Li hidup sebatang kara di sebuah rumah usang, di sini.

Menurutnya, warga emas itu mecari rezeki dengan menoreh getah dan bercucuk tanam selain turut melakukan sebarang kerja untuk mengisi perut.

Li Junmin berkata, sepanjang PKP berjalan, pihaknya membantu golongan warga emas di kawasan ini dengan menyediakan dua hidangan makanan dalam sehari di restoran berdekatan.

“Saya yakin dia keluar hanya untuk mengambil makanan di restoran” katanya.

Li Junmin juga mendedahkan  Li turut menghidap penyakit ‘narcolepsy’ yang mana seseorang itu boleh tidur secara tiba-tiba pada bila-bila masa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, penduduk kampung di Ayer Kuning telah membuat kutipan derma untuk membantu membayar denda buat Li.

Loading...

1 Comment

  1. kelibat

    Drpd kena kan kompaun rm1000 , baik gantung je uncle li tu dekat pokok nibong .
    Hissh…
    Dasar x berhati perut tul. Cubalah selia keadaan hidup uncle tu.
    Kesian tengok dia

Leave a Reply