Portal berita terbaik anda

Viral

Tengok filem seram, wanita terkencing dalam pawagam?

Hasrat seorang lelaki yang mahu menonton filem di panggung wayang terbantut apabila tempat duduknya berbau hancing.

Yusri Arahim (@yusriarahim) berkongsi rasa kesalnya itu di Twitter dan mendakwa berkemungkinan ada individu yang menonton cerita seram sehingga terkencing dalam seluar.

Menurut Yusri, kejadian memalukan itu berlaku di sebuah pawagam terkenal di ibu kota.

“Hall 9, tengok cerita The Nun ke atau Munafik sampai terkencing? Tak ada perempuan yang nak mengaku ke?” tulisnya.

Susulan viralnya tweet tersebut, pihak pawagam telah mengambil tindakan dengan menukar kusyen tempat duduk tersebut dengan yang baharu.

Sementara itu, netizen menyarankan mana-mana individu yang lemah semangat atau mudah terkencing kerana ketakutan memakai lampin pakai buang agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, ada netizen juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak yang terkencing akibat ibu bapanya yang terlalu ‘cerdik’ membawa anak menonton filem seram.

Loading...

Leave a Reply