Portal berita terbaik anda

Viral

Wanita temui ‘pepijat’ dalam tuala wanita yang baru dibeli

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita muda terkejut apabila melihat tuala wanita yang baru dibelinya dipenuhi pepijat.

Menurut Ey Ey, dia membeli tuala wanita itu di sebuah kedai 24 jam.

Malangnya setelah dipakai, ia mendatangkan rasa gatal sehingga memaksanya memeriksa bahagian dalaman tuala wanita tersebut.

Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati terdapat bendasing di bahagian dalam tuala wanita itu seakan-akan pepijat.

“Patutlah saya rasa gatal. Sekali tengok di dalamnya, adeh!” katanya.

Segelintir netizen mendakwa berkemungkinan Ey Ey mendapat stok lama yang telah dicemari pepijat. Tidak kurang juga yang mendakwa tuala wanita itu telah tamat tempoh.

Ramai yang bertanya jenama tuala wanita tersebut namun Ey Ey tidak menjawab persoalan itu sehinggi kini menyebabkan ramai netizen tertanya-tanya.

Walau bagaimanapun, pengguna wanita dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memeriksa tuala wanita yang dibeli.

Loading...

Leave a Reply